Aset semasa APMM Agensi_Penguatkuasaan_Maritim_Malaysia

Kapal Kelas MarlinBot Peronda Halilintar 8Eurocopter AS365 N3

APMM yang diberikan tugas bagi memastikan undang-undang maritim di zon ekonomi eksklusif Malaysia dikuatkuasa serta memelihara keselamatan, perkara berkenaan alam sekitar dan operasi menyelamat, memulakan operasi awal dengan hanya beberapa buah kapal.

Ketika ini aset APMM telah berkembang mempunyai lebih 113 buah kapal serta bot laju, 6 helikopter dan 2 kapal terbang pelbagai guna.Kebanyakan kapal diterima daripada tentera laut, polis, perikanan dan kastam.Sementara itu, sayap udaranya dirancang akan diwujudkan untuk memperkuatkan pasukan itu.

APMM juga sudah menubuhkan satu pasukan khas/pasukan elit yang akan bergabung tenaga dengan unit khas ATM dan PDRM dalam meningkatkan keselamatan perairan negara yang dikenali sebagai STAR.